Berita

Korea Selatan sedia berunding dengan Jepun

South Korean (L) and Japanese delegations hold a meeting to talk about their maritime borders around disputed islets, at the Foreign Ministry in Seoul, 04 September 2006. South Korea and Japan on 04 September kicked off tricky negotiations aimed at settling their maritime border around a cluster of islets claimed by both countries, but currently controlled by South Korea. The islets midway in the Sea of Japan (East Sea), called Dokdo in South Korea and Takeshima in Japan, are surrounded by rich fishing grounds. AFP PHOTO/KIM JAE-HWAN (Photo by KIM JAE-HWAN / AFP)
- Diterbit 1 Mac 2021 5:46 AM MYT

KOREA Selatan akan terus berusaha untuk perkukuh hubungan lebih erat dengan Jepun, ia sekali gus membantu kerjasama tiga hala dengan Amerika Syarikat (AS), kata Presiden Moon Jae In pada Isnin.

“Kerajaan kita sedia berunding dan berdialog dengan Jepun pada bila-bila masa,” katanya dalam ucapannya sempena sambutan Hari Gerakan Kemerdekaan, lapor Agensi Berita Yonhap.

Beliau meminta kedua-dua pihak mengatasi ‘halangan’ yang dicetuskan oleh isu sejarah dengan menjalinkan kerjasama berorientasi masa depan.

Ucapan itu sempena memperingati pemberontakan rakyat 1919 menentang pemerintahan kolonial Jepun.

“Kerjasama dua hala akan membantu mewujudkan kestabilan dan kesejahteraan kedua-dua negara dan membantu kerjasama tiga hala antara Korea Selatan, AS dan Jepun,” katanya.

Moon juga berikrar akan terus berusaha untuk membasmi senjata nuklear Korea dan mewujudkan keamanan yang berkekalan.

Beliau menegaskan kembali prinsip tiga perkara mengenai hubungan antara Korea: toleransi sifar terhadap perang, jaminan keselamatan bersama dan kesejahteraan bersama.

Beliau juga menzahirkan harapan Korea Utara akan memulakan kerjasama dengan negara lain dengan menyertai Inisiatif Kerjasama Asia Timur Laut yang bertujuan mempromosi perkongsian terhadap krisis kesihatan awam seperti COVID-19.

“Ini akan mendorong kepada pembukaan pintu kemakmuran bersama dan perdamaian di Semenanjung Korea dan Asia Timur,” katanya.

Presiden mengatakan Korea Selatan akan bekerjasama untuk menjayakan Sukan Olimpik Tokyo, yang dijadualkan berlangsung akhir tahun ini, kerana ia dapat membuka ruang kepada dialog antara kedua-dua negara Korea, AS dan Jepun. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas