
Suspek kes tembak KLIA 1 cuba lari ke Arab Saudi melalui Thailand
SUSPEK lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 awal pagi Ahad lepas sebelum ditahan di Kota Bharu semalam, dipercayai cuba meloloskan diri melalui sempadan negara. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata ia berdasarkan rekod perjalanan suspek