Berita

Gelandangan tetak pekerja pembersihan

- Diterbit 4 April 2024 2:22 PM MYT

SEORANG pekerja pembersihan parah ditetak gelandangan ketika sedang melaksanakan kerja-kerja membersih di Lebuhraya Mahameru berhampiran susur naik ke Jalan Parlimen pukul 9.40 pagi ini.

Menurut sumber, pekerja berkenaan, Johar Ishak ketika itu sedang membuat kerja pembersihan mggunakan blower di lokasi tersebut, beliau didatangi seorang gelandangan yang sering duduk di bawah flyover Parlimen.

“Individu tersebut tiba-tiba menetak tengkuk mangsa menggunakan senjata tajam dan terus melarikan diri.

“Mangsa kemudian terpaksa menekup tengkuknya untuk menghentikan aliran darah dan sempat menghubungi penyelianya sebelum dikejarkan ke hospital,” katanya kepada Wilayahku hari ini.

Difahamkan ketika ini, pekerja berkenaan sedang menerima rawatan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.-WILAYAHKU

Berita lanjut menyusul

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas