
Wajibkan penggiat industri perfileman jadi ahli persatuan, mudahkan perlindungan PERKESO
PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dicadang kembali mewajibkan semua penggiat industri perfileman khususnya freelancer untuk menjadi ahli persatuan perfileman dalam usaha memastikan kumpulan itu dilindungi skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia, Datuk Jurey Latiff Rosli berkata sebelum ini, penguatkuasaan syarat keahlian pernah diwujudkan FINAS di bawah syarat