darurat

Utama

Sidang khas Parlimen: Azalina tidak setuju

AHLI Parlimen Pangerang Datuk Seri Azalina Othman Said menolak cadangan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan supaya satu sidang khas Parlimen diadakan berhubung proklamasi darurat. Dalam surat yang dikeluarkan semalam, Ahmad memohon semua Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional untuk mengemukakan persetujuan bagi pelaksanaan Perkara 150 Fasal (3) Perlembagaan Persekutuan

Utama

Mahkamah tidak ada bidang kuasa dengar permohonan cabar proklamasi darurat – Peguam Kanan

MAHKAMAH tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan bagi mencabar proklamasi darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong, kata peguam kanan Mohamed Haniff Khatri Abdulla. Beliau berkata ini adalah berdasarkan peruntukan di bawah Perkara 150 (8)(b) Perlembagaan Persekutuan. Perkara 150(8)(b) memperuntukkan bahawa “tiada mahkamah boleh mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau

Berita

Odinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 diwartakan 14 Jan

KERAJAAN telah mewartakan Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 yang berkuat kuasa mulai 11 Jan 2021 sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia. Ordinan setebal 12 muka surat yang mengandungi 18 perkara itu telah dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di Indera

Berita

COVID-19: Darurat, PKP 2.0 untuk turunkan kes harian baharu dalam negara

PENGISYTIHARAN Darurat dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) menjadi serampang dua mata untuk mengekang penularan COVID-19 di negara ini daripada merebak luas yang boleh melumpuhkan sistem kesihatan awam negara. Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dipetik pada 14 Januari sebagai berkata, usaha melandaikan semula lengkungan

Berita

Anwar minta semua Ahli Parlimen utus warkah kepada Agong batal darurat

KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen meminta mereka mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk merayu baginda membatalkan Pengisytiharan Darurat dan membolehkan persidangan Parlimen diadakan dengan kadar segera.. “Semoga warkah ini nanti mendapat ihsan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menarik balik Pengisytiharan

Berita

MPN nafi keluar kenyataan berhubung Proklamasi Darurat

MAJLIS Profesor Negara (MPN) menafikan ada mengeluarkan kenyataan berhubung pengisytiharan Proklamasi Darurat dan mengesahkan kenyataan tersebut adalah palsu. Presiden MPN Prof Datuk Dr Raduan Che Ros berkata MPN diwakili para ilmuwan negara menerima dan menyanjung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan mengisytiharkan Proklamasi Darurat