Berita

Tiada maklumat penglibatan warga Malaysia dalam pengedaran dadah antarabangsa

KREDIT foto: BERNAMA.
- Diterbit 12 Mac 2024 7:00 PM MYT

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menafikan penglibatan rakyat negara ini susulan penahanan seorang penerbit filem di India yang didakwa terlibat aktiviti pengedaran dadah antarabangsa termasuk Malaysia baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin berkata risikan  setakat ini mendapati tiada sebarang maklumat tentang penglibatan penerbit filem itu dengan mana-mana individu warganegara ini dalam aktiviti pengedaran dadah di Malaysia.

“JSJN akan terus menjalankan risikan lanjut berkaitan perkara ini dalam usaha mengekang aktiviti pengedaran dadah di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, beberapa portal berita dalam talian melaporkan aktiviti pengedaran dadah didalangi penerbit filem terbabit diketuai seorang warga Malaysia yang trut terlibat dalam industri perfileman. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas