SEBATANG pokok besar tumbang di sekitar Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur ekoran kejadian hujan lebat dan angin kencang yang melanda ibu kota sebentar tadi.
Kejadian tersebut difahamkan menghempap landasan monorel serta kenderaan yang berada di sekitar lokasi kejadian.
Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (KLCCC DBKL) melaporkan kejadian itu.
“Ketika ini pasukan renjer, bomba, polis dan warden trafik berada di lokasi untuk operasi menyelamat,” katanya hari ini.
Bagaimanapun, setakat ini, tiada laporan lanjut diterima mengenai mangsa atau kenderaan yang terjejas akibat kejadian. – WILAYAHKU