Selebriti

“Tak tahu pula goyang lucah tu macam mana”, Baby Shima pelik imaginasi netizen

|
- Diterbit 11 Ogos 2022 9:03 AM MYT

PENYANYI popular Baby Shima mengaku tidak mampu mengawal kecaman netizen yang melabelkannya sebagai pelakon lucah.

Kecaman itu muncul gara-gara video Shima menari dengan berseluar pendek bersama usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri.

Video yang dimuatnaik di Instagram Aliff adalah teaser lagu baharu mereka yang berjudul Baby Syg.

“Komen netizen ni saya tak ambil kisah. Saya tak boleh nak control orang nak cakap apa.

“Kalau mereka dakwa saya sebegitu (pelakon lucah), rasanya mungkin mereka yang banyak menonton video-video yang tak sepatutnya dan gemar berimaginasi.

“Mesti yang mengata tu biasa tengok benda-benda lucah sebelum ni! Sebab goyang tu biasa sahaja.

“Mungkin mereka dah biasa tengok kut. Saya tak tahu pula goyang lucah tu macam mana,” katanya kepada Wilayahku.

Apa-apa pun, jangan lupa tunggu versi penuh lagu Baby Syg nyanyian Baby Shima dan Aliff Syukri. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas