Berita

Tak mahu aktiviti rakyat terganggu, pembaikan jalan perlu disegera – PM Ismail Sabri

PERDANA Menteri berkata kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan aktiviti harian rakyat tidak terganggu. Kredit foto: Facebook Ismail Sabri Yaakob
- Diterbit 21 Disember 2021 6:10 AM MYT

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu kerja-kerja pembaikan jalan raya akibat tanah runtuh di Bukit Tangga, Jelebu, Negeri Sembilan dilakukan dengan cepat bagi membolehkan akses jalan raya dapat dilalui antara Seremban-Jelebu.

Menerusi catatan yang dimuat naik di Facebook, beliau berkata kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan aktiviti harian rakyat tidak terganggu.

“Jalan utama ini digunakan oleh ramai rakyat untuk ke bandar utama. Kita tidak mahu aktiviti harian rakyat tersekat,” kata Perdana Menteri yang turun meninjau lokasi kejadian tanah runtuh di Bukit Tangga, Jelebu, yang merupakan lokasi pertamanya dalam lawatan ke negeri itu.

Pada Ahad lepas, media melaporkan berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Tangga menghala Jelebu, susulan hujan lebat. — BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas