Selebriti

Taiwan buat Ayda Jebat jatuh cinta

|||
- Diterbit 11 Mac 2023 5:43 AM MYT

BIRO Pelancongan Taiwan sekali lagi membawakan program percutian mesra Muslim sebagai satu usaha menggalakkan rakyat Malaysia untuk berkunjung ke negara ‘Jantung Asia’ tersebut.

Kali ini penyanyi dan pelakon Ayda Jebat dilantik sebagai duta kempen Salam Taiwan 2023/24 dan selepas berkunjung ke sana, hatinya terus terpaut.

Di sana Ayda yang ditemani suami, Nabil Mahir berkunjung ke destinasi pelancongan menarik di seluruh Taiwan dan diperkenalkan akan keindahan pulau empat musim ini, makanan halal, serta kemudahan mesra Muslim yang ada di sana.

“Sebaik tiba di lapangan terbang antarabangsa Taoyuan, saya terus dibawa menginap di kabin yang terletak di sebuah ladang ternak berlatarbelakangkan pergunungan memukau di Miaoli, bahagian Taiwan Sentral.

“Keesokan harinya , saya berpeluang melihat sendiri akan penghasilan produk tenusu berkualiti tinggi dan persekitarannya sangat segar.

“Destinasi kedua dalam senarai paling digemari saya adalah sebuah perkampungan tradisi yang dikelilingi taman bunga dan buluh.

“Saya berpeluang menikmati dan mencuba sendiri kegiatan ekonomi utama mereka, iaitu pewarnaan celup (Dye) menggunakan warna yang diekstrak dari bunga, sememangnya satu pengalaman unik dan menyeronokkan,” ceritanya tanpa lelah.

DI Taiwan, Ayda yang ditemani suami, Nabil Mahir berkunjung ke destinasi pelancongan menarik di sana.

Sambung Ayda lagi, dia seakan tidak percaya ketika berkunjung ke pasar di Taichung yang menjual bunga-bungaan seluas mata memandang.

Selain itu, kata Ayda, dia cukup teruja bila berkunjung ke taman tema di Lihpao Discovery Land dan menaiki “Ferris Wheel” setinggi 394 kaki, yang tertinggi di Taiwan.

“Bila berpeluang menjelajah beberapa tempat, macam tak percaya yang saya sebenarnya berada di Taiwan, terutamanya sewaktu menjejak kaki ke Gaomei Wetland.

“Berlatarbelakangkan kincir angin gergasi yang menjana tenaga dan ala-ala berbulan madu sambil menikmati pemandangan indah matahari terbenam,” katanya tersenyum.

Ayda juga mengakui yang dia ingin mengulangi kunjungan ke Taiwan kerana mahu melihat sebuah ladang indah berlatarbelakangkan pergunungan HeHuan dan tasik.

Katanya, keindahan kawasan yang terletak di ketinggian hampir 1750m itu bak sebuah lukisan.

Malah dia juga sempat singgah di sebuah bangunan berciri Inggeris klasik yang mendamaikan, di daerah Nantou.

“Setakat ini semua tempat yang saya pergi pemandangan alam semula jadi bagai lukisan. Ayda berpeluang melihat keindahan matahari terbit di puncak gunung HeHuan setinggi 3,416m pada pukul 5 pagi, diketengah kesejukan serendah 4 darjah.

“Banyak pengalaman indah yang saya lalui sepanjang berkunjung ke Taiwan ni. Waktu berkunjung ke ladang teh di Chiayi, saya berpeluang mengenali orang asal dari kaum Tsou tentang tarian kebudayaan mereka.

“Daerah ini terletaknya Taman Negara Alishan yang tersohor itu. Saya berpeluang melawat stesen kereta api klasik di puncak gunung yang dikelilingi flora dan fauna memukau bagai di dalam filem,” katanya lagi.

Jelas Ayda, selain memiliki lokasi pelancongan menarik, Taiwan juga mesra Muslim dan banyak restoran halal di sana. Malah Taiwan pernah diiktiraf sebagai Destinasi Inklusif Tahunan (bukan OIC) dalam majlis Anugerah Pelancongan Halal 2022.

Saksikan video Salam Taiwan melalui YouTube rasmi Biro Pelancongan Taiwan, “https://www.youtube.com/@tbrockltaiwan_tourism5829”. – WILAYAHKU

 

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas