Berita

Sumbangan dikutip hasil kerjasama MPP – NGO Wangsa Maju

HASIL kutipan Sumbangan Khas Prihatin yang dilancarkan,
- Diterbit 11 Disember 2020 7:16 AM MYT

SUMBANGAN Khas Prihatin hasil dari kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Majlis Perwakilan Penduduk (MPPWP) Wangsa Maju dimanfaatkan sepenuhnya bagi membantu masyarakat setempat yang memerlukan.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Maju Sejahtera, Mohamad Asri berkata, fokus program mengumpulkan sumbangan melalui usaha sama Ikatan Muslimin Profesional (IMProf) serta
MPPWP Zon Wangsa Maju itu dilaksanakan untuk membantu penduduk yang hilang punca
pendapatan.

Katanya, inisiatif itu hasil keprihatinan warga masyarakat terhadap kepayahan dilalui sesetengah golongan kehilangan pekerjaan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
dikuatkuasakan sejak Mac lalu bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

“Jadi dengan melancarkan promo iklan sumbangan dibuka mulai 1 November, namun sumbangan diterima sangat menggalakkan walau hanya seminggu, kami berjaya agih  kutipan itu kepada 10 keluarga memerlukan.

“Kalangan penerimanya warga penduduk sekitar Kampung Setia Jaya, Seksyen 4 Wangsa Maju, Kampung Sungai Mulia, PPR Sri Langkawi dan Taman Melati,” katanya.

Menurut Mohamad, untuk memastikan program sumbangan itu dapat diperluas kepada lebih ramai penerima, penganjur telah memanjangkan tempoh kutipan untuk orang ramai menyumbang.

“Kami perlukan lebih banyak sumbangan supaya dapat membantu lebih ramai penerima.
Sumbangan boleh disalurkan orang ramai melalui Bank Islam Malaysia Berhad, akaunnya
12113010071315 di atas penama PERTUBUHAN KEBAJIKAN MAJU SEJAHTERA.

Sementara itu, bagi wakil MPPWP Zon Wangsa Maju, Azmi Yusof pula sangat mengalu-alukan usaha yang diambil itu memandangkan bantuan disalurkan sedikit sebanyak dapat meringankan lagi beban warga penduduk setempat yang berdepan kesusahan ketika ini.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas