Berita

Enam keluarga terjejas bencana alam terima bantuan PL

Bashir (tiga dari kanan) dan Fary (empat dari kiri) bersama penerima bantuan bencana alam di Bangunan Wisma PL pada Jumaat lalu.
- Diterbit 11 Disember 2020 7:06 AM MYT

PRIHATIN akan nasib menimpa penduduk yang terjejas akibat bencana alam baru-baru ini Perbadanan Labuan (PL) tampil hulur sumbangan kepada enam buah keluarga yang terjejas.

Sumbangan yang dihulurkan berbentuk kewangan berjumlah RM500 hingga RM2,000 dan  bakul kit makanan bagi meringankan beban mereka yang terkesan.

Majlis penyampaian sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Ahli Majlis Penasihat PL, Senator Datuk Bashir Alias yang juga merangkap Ahli Dewan Negara kepada enam buah keluarga di Bangunan Wisma PL pada Jumaat lalu.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PL, Dr Fary Akmal Osman dan Pengerusi Majlis  Perwakilan Penduduk Zon Labuan, Dzulfaizal Abd Manan serta Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.

PL berharap dengan adanya sumbangan tersebut kesemua keluarga yang terkesan dapat memanfaatkan sumbangan untuk membaikpulih rumah kediaman mereka yang mengalami kerosakan akibat bencana alam.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas