Berita

Simulasi kebakaran di 1 Razak Mansion

ANTARA penduduk yang menghadiri ceramah tersebut.
- Diterbit 30 Jun 2023 1:00 AM MYT

SENTIASA mengutamakan hak dan kepentingan warganya, Persatuan Penduduk 1 Razak Mansion, Kuala Lumpur mengambil inisiatif mengadakan ceramah Bomba dan Pusat Mediasi Komuniti Strata Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Pengerusinya, Norazizul Abdul Aziz, program anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Apartmen 1 Razak Mansion dengan kerjasama Persatuan Penduduk 1 Razak Mansion ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan manfaat kepada penduduk berkenaan tentang pentingnya keselamatan kebakaran, keselamatan bangunan dan kawalan kebakaran.

“Selain itu, ia juga diadakan untuk memberi pemahaman mengenai fungsi dan peranan Pusat Mediasi Komuniti Strata Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Ucapan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan sekalung penghargaan disampaikan kepada semua ahli jawatankuasa persatuan yang terlibat dalam bertungkus lumus menjayakan majlis ini,” ujarnya kepada Wilayahku.

Dalam masa sama, Norazizul berkata diharapkan agar program-program lain dapat dianjurkan pada tahun hadapan bagi memberi manfaat kepada ahli.

Terdahulu, seramai lebih daripada 50 orang penduduk 1 Razak Mansion telah menghadiri ceramah tersebut. Turut hadir menyempurnakan majlis, Ketua Cawangan Kesedaran Awam Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, Roshdi Fitri Roslan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas