Berita

Set semula kata laluan MyBPR boleh dibuat secara dalam talian – LHDN

- Diterbit 10 Februari 2021 8:55 AM MYT

PEMOHON Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) boleh set semula atau menukar kata laluan MyBPR secara dalam talian tanpa perlu hadir ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan orang ramai boleh melayari laman web https://bpr.hasil.gov.my bagi tujuan itu.

Kenyataan itu memaklumkan panduan pengguna set semula kata laluan boleh diakses menerusi https://bpr.hasil.gov.my/Download/PANDUAN_PENGGUNA_SET_SEMULA_KATALALUAN_BPR2021.pdf.

“Bagi pemohon yang masih menghadapi masalah dalam melakukan proses ini, mereka boleh menghubungi Hotline BPR di talian 1800-88-2747 atau hadir ke mana-mana Kaunter Perkhidmatan BPR yang berhampiran.

“Pemohon yang ingin hadir ke Kaunter Perkhidmatan BPR di pejabat LHDN adalah dinasihatkan agar mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan wabak COVID-19 seperti yang ditetapkan oleh kerajaan,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas