Berita

Sesi kunjung hormat ke TF Parking Sdn Bhd

EKSEKUTIF Kanan Jabatan Media dan Komunikasi Strategik YWP, Zaleha Dullah (dua kiri) menyampaikan resit pelepasan cukai dan surat penghargaan sumbangan bernilai RM50,000 kepada Ketua Pegawai Pemasaran TF Parking Sdn Bhd, Khairul Fahmy Sa’adon di Petaling Jaya baru-baru ini.
- Diterbit 23 Jun 2023 12:00 PM MYT

WAKIL Jabatan Media dan Komunikasi Strategik Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), ­mengadakan sesi kunjungan ­hormat ke atas salah sebuah ­syarikat ­penyumbang Tabung Kebajikan dan Pelajaran Yayasan Wilayah Persekutuan, TF Parking Sdn Bhd.

Sesi kunjungan hormat itu ­bagi mengeratkan lagi hubungan dan persefahaman antara kedua belah pihak.

Dalam sesi yang berlangsung ­selama satu jam itu, YWP turut ­mengetengahkan perkara berkaitan pengurusan dana sumbangan yang bakal diagihkan kepada warga Wilayah Persekutuan yang memerlukan.

Terdahulu, YWP akan ­mengadakan lawatan secara berperingkat ke semua syarikat yang telah menyumbang ­sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas sokongan dalam membantu warga Wilayah Persekutuan. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas