Berita

“Saya memang pondan, tertarik terhadap lelaki” – Isma Yusoof

|
- Diterbit 3 Februari 2021 11:09 PM MYT

PENGARAH Isma Yusoof mengaku ramai yang tertanya-tanya sejak bila dia berubah menjadi seorang transgender atau pondan.

Menerusi Instagramnya, Isma mendedahkan dirinya memang pondan sejak kecil dan ramai peminat beranggapan dia seorang lelaki sejati apabila menonton lakonannya dalam drama atau filem.

“Let me tell you straight guys, ya… saya memang pondan. Pondan saya memang dari kecil, dari azali. 

“Kalau korang tengok gambar-gambar Isma masa kecil, memang Isma dan kepit-kepit kaki bila bergambar. Memang dah pose macam pondan.

“Cuma, korang based on lakonan Isma. Of course bila masuk dalam industri watak-watak yang diberikan mostly watak jantan straight.

“Korang pula terpedaya dengan watak straight I tu. Jadi korang rasa macam I straight. So bila jumpa I kat luar nampak I macam lembut, you macam terkejut, kenapa I macam ni.

“Korang faham tak job scope pelakon tu apa. Melakonkan watak tau, bukan memainkan watak diri sendiri. I play character, itulah pelakon,” kongsinya dalam sebuah video yang dimuatkan dalam instagramnya.

Dalam pada itu, Isma juga menjelaskan dia tidak perlu makan hormon atau melakukan sebarang pembedahan hanya semata-mata mahu kelihatan seperti wanita.

“Kenapa I nak kena makan hormon? Bila korang tak accept gender kitaorang, korang hanya accept wanita dan lelaki… itu yang pondan-pondan ramai makan hormon.

“Potong itu, potong ini… operate sana operate sini untuk menjadi seorang wanita untuk masyarakat terima.

“Saya terima diri saya sebagai seorang pondan. Saya memang tak ada nafsu kat wanita. Dalam diri saya adalah wanita.

“Seksual attraction saya adalah terhadap lelaki… lelaki yang bukan gayboy yer. Hope korang semua clear,” ujarnya yang sebelum ini pernah membawakan watak lelaki lembut dalam drama bersiri Sutun 2 dan Emil Emilda. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas