Berita

Suami isteri warga emas cemas rumah terbakar

RUANG tamu musnah 100 peratus dalam kebakaran awal pagi tadi. - Foto: Ihsan bomba
- Diterbit 3 Februari 2021 11:24 PM MYT

SEPASANG suami isteri warga emas berhadapan detik cemas apabila kediaman mereka di Blok D-9-25, PPR Pantai Permai, Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur terbakar awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 pagi itu, mangsa lelaki melecur di bahagian badan dan muka manakala pasangannya hanya mengalami sesak nafas.

Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Fadli Ghazali berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada pukul pagi seterusnya menghantar jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dan dibantu BBP Jalan Hang Tuah serta BBP Seputeh, bersama kekuatan anggota seramai 45 orang

“Setibanya jentera di lokasi, didapati berlaku kebakaran melibatkan ruang tamu di sebuah rumah di tingkat enam yang berkeluasan 8×15 kaki persegi.

“Kebakaran turut melibatkan dua orang mangsa pasangan suami isteri warga emas dan kedua-dua mangsa berjaya dibawa keluar dengan selamat semasa kebakaran berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Fadli, kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut.

Tambahnya, kemusnahan dianggarkan 100 peratus di bahagian dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas