Berita

Saluran komunikasi Menteri Wilayah Persekutuan, rakyat bakal dilancar

ANNUAR
- Diterbit 30 Mac 2020 8:04 AM MYT

PUTRAJAYA – Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan melancarkan Pertiwi iaitu inisiatif baharu bagi memudahkan perhubungan dua hala antara warga kota dengan Menteri Wilayah Persekutuan secara terus.

Menurut Pengerusi Jawatan Kuasa Kerja Keselamatan Negeri Wilayah Persekutuan (JKKN WP), Tan Sri TPr. Annuar Musa, langkah itu membolehkan penduduk di Wilayah Persekutuan berhubung terus dengan beliau sekiranya mempunyai pertanyaan atau ingin memi aduan.

“Kaedah komunikasi yang mungkin digunakan untuk Pertiwi ini akan dimaklumkan nanti selepas kita mempunyai medium yang terbaik.

“Kita juga akan ada hotline atau saluran media untuk rakyat bertanya supaya perkara itu sampai kepada saya,” katanya selepas mempengerusikan JKKN WP hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas