Berita

DBKL tunggu laporan penuh Ikram

DATUK Seri Shahidan Kassim (tengah) melancarkan Majlis Sambutan Jubli Emas Bandaraya Kuala Lumpur di Biro Pelancongan Kuala Lumpur hari ini. DATUK Seri Shahidan Kassim (tengah) melancarkan Majlis Sambutan Jubli Emas Bandaraya Kuala Lumpur di Biro Pelancongan Kuala Lumpur hari ini.
- Diterbit 24 Oktober 2021 8:56 AM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang menunggu hasil laporan daripada Institut Kerjaraya Malaysia (Ikram) berkenaan dengan insiden tanah runtuh di Bukit Bandaraya, Bangsar yang berlaku semalam.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, kerja-kerja pembaikan akan bermula dengan segera selepas pihaknya memperolehi laporan tersebut.

“Setelah saya dapat berita mengenai kejadian itu, saya telah mengarahkan pegawai DBKL dan timbalan saya untuk memantau keadaan di kawasan tersebut.

“Beberapa penduduk yang terjejas perlu berpindah untuk sementara waktu,” katanya dalam sidang media pada Majlis Pelancaran Sambutan Jubli Emas Bandaraya Kuala Lumpur di Biro Pelancongan Kuala Lumpur di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah.

Insiden tanah runtuh di Jalan Lingkungan Negeri Sembilan, Bukit Bandaraya pada pukul tujuh malam tadi dipercayai akibat hujan lebat yang melanda ibu negara sehingga berlaku pergerakan tanah di kawasan itu.

Terdahulu, Jalaluddin turut melawat kawasan berkenaan pagi tadi dan memaklumkan tindakan jangka pendek dan jangka panjang akan dilaksanakan bagi menyelesai masalah tersebut.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas