Berita

Rumah kongsi musnah, dijilat api

|
- Diterbit 16 Februari 2021 7:21 AM MYT

RUMAH kongsi jenis teres di Taman Kian Yap, musnah terbakar kira-kira pada jam 11.45 pagi, hari ini.

Kejadian kebakaran yang membabitkan rumah kongsi jenis teres tidak kekal.

Kebakaran itu menyebabkan tiga blok musnah sepenuhnya daripada lima blok secara keseluruhannya.

Kerja-kerja pemadaman membabitkan empat balai iaitu Balai Bomba Labuan, Balai Bomba Kampung Jawa,Balai Bomba Rancha- Rancha dan Balai Bomba Layangan.

Api kebakaran dapat dikawal oleh pihak bomba kira-kira jam 12.45 tengahari.

Setakat ini, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Kerja-kerja pemadaman masih giat dilakukan oleh anggota bomba.

Berita penuh akan menyusul. – KHAIRUL IDIN – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas