Berita

Ribut Tropika Kuat Nesat dijangka meningkat ke tahap taufan malam ini – Tuan Ibrahim

- Diterbit 17 Oktober 2022 1:00 PM MYT

RIBUT Tropika Kuat Nesat yang berada di kedudukan 19.7°Utara 117.2°Timur di barat laut Filipina yang bergerak ke arah barat menuju Pulau Hainan, China dijangka akan meningkat ke tahap taufan malam ini.

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keadaan itu akan menyebabkan angin kencang di Laut China Selatan, dan mengingatkan orang ramai untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan.

“MET Malaysia (Jabatan Meteorologi Malaysia) telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (WASPADA) untuk Sarawak, Sabah dan WP Labuan sehingga 18 Okt 2022.

“Semoga Allah lindungi kita daripada bencana buruk. Hati-hati,” katanya dalam hantaran di laman Facebook miliknya hari ini. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas