Berita

Polis belum terima notis permohonan NGO anjur himpunan di Istana Negara

- Diterbit 22 Januari 2024 10:22 PM MYT

POLIS belum menerima menerima sebarang notis permohonan dari sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pembela Tanah Air (PETA) yang merancang untuk mengadakan himpunan di Istana Negara.

Ketua Polis Daerah Brickfield, Asisten Komisioner Polis (ACP) Amihizam Abdul Shukor berkata PETA turut merancang untuk menyerahkan memorandum yang dijadualkan berlangsung pada 23 Januari 2024 (Selasa) pukul 11 pagi di Istana Negara.

“Polis menasihati agar semua pihak perlu menghormati undang-undang dan sebarang tindakan yang menyalahi undangundang boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Orang ramai dinasihatkan tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan isu ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar Amihizam, sebarang maklumat lain berkaitan jenayah atau aktiviti yang mencurigakan, boleh disalurkan dengan menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21460584/0585 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas