Berita

PL laksana Geran Pemangkin Bandar Rendah Karbon

AKTIVITI penanaman pokok bakau di Sungai Kinabenua dengan kerjasama Perbadanan Labuan tahun lalu. - Gambar hiasan.
- Diterbit 15 Julai 2023 7:00 AM MYT

GERAN Pemangkin ­Bandar Rendah Karbon yang ­dilaksanakan Perbadanan Labuan merupakan inisiatif memulihara dan memelihara kelesterian kawasan hutan paya bakau dan paya bakau laut di Pulau Bebas Cukai itu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Perbadanan Labuan, Ibrahim Tambi ­berkata antara usaha yang telah dilaksanakan oleh pihaknya adalah ­menanam sebanyak 9,250 pokok paya bakau dan spesies yang bersesuaian di kawasan hutan paya bakau dan Taman Botanikal.

“Labuan mempunyai aset landskap tersendiri yang berpotensi menjadi kawasan tarikan pelancong seperti di Taman Botani, Hutan Paya Bakau di Sungai Kinabenua dan kawasan-kawasan pantai.

“Kita berharap ­kawasan-kawasan tersebut dapat ditambah nilai dengan landskap yang lebih ­menarik agar ia menjadi salah ­satu tarikan pelancong dari ­dalam dan luar negara,” katanya ­kepada Wilayahku.

Terdahulu, beliau ­merasmikan Majlis Penutup Kursus Asas Abrorikultur 2023 di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan.

Kursus selama empat hari itu disertai 42 pegawai Unit Landskap dan Pengindahan Seni Taman Perbadanan Labuan dan 31 kontraktor landskap. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas