Selebriti

Penulis lirik Lelaki Teragung, Rudy Imran meninggal dunia

- Diterbit 31 Mac 2022 3:20 PM MYT

BEKAS wartawan dan penulis lirik lagu Lelaki Teragung, Iman Imran disahkan meninggal dunia pagi tadi.

Iman atau nama sebenarnya, Rudy Imran Shamsuddin menghembuskan nafas terakhir pada usia 47 tahun di kediamannya di Semenyih, Selangor.

Allahyarham yang masih bujang ini juga bekas wartawan hiburan sebuah akhbar berbahasa Melayu itu terdahulu menghidap kanser usus sejak beberapa tahun lalu.

Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan sendiri rakan serumah arwah pagi tadi.

Difahamkan, Allahyarham baru sahaja dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Isnin lalu selepas menerima rawatan lanjutan kanser.

Sepanjang hayatnya, Rudy yang merupakan bekas wartawan hiburan itu memulakan karier penulisan di beberapa majalah dan akhbar Melayu termasuk VariaPop, akhbar Watan, majalah Hai (Utusan Karya) dan terakhir di akhbar Metro.

Selepas menyambung pengajian peringkat peringkat ijazah di UiTM dan Universiti Sains Malaysia (sarjana), arwah sebenarnya dalam proses melengkapkan pengajian Doktor Falsafah (PhD), namun tidak kesampaian.

Melihat penglibatannya dalam penulisan lirik, pencapaian terbesar Rudy apabila lagu Lelaki Teragung dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31) pada 2017. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas