Biz

40,000 botol terjual sehari, Dexandra sahut seruan kerajaan bantu masyarakat bangkit

Mohd Hafiz Kamaruddin (tengah) bergambar bersama Pengarah Urusan Siti Zulaika Jeffry (kanan) dan Pengarah Eksekutif Mohd Farhan Firdaus Jamil (kiri)|KETUA Pegawai Eksekutif Dexandra
- Diterbit 31 Mac 2022 10:33 PM MYT

MINYAK wangi Dexandra mencatat rekod terbaik jualannya apabila 40,000 botol terjual dalam tempoh sehari selepas melancarkan 15 haruman koleksi terbaharu – Travel Spray di sini baru-baru ini.

Ia mencetuskan fenomena kerana menjadi rebutan pengguna setia terawalnya untuk menikmati aroma sensasi revolusi Eau De Parfum (EDP) yang baunya tahan lebih lama.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Safwan Ismail berkata, majlis pelancaran yang diadakan secara virtual dan disiarkan secara langsung menerusi akaun facebook itu berjaya mengumpul dari jumlah 5,000 penonton.

 KETUA Pegawai Eksekutif Dexandra, Safwan Ismail dan Pengasasnya Ernayanee Nur Julaimi.

Siaran langsung pelancaran Travel Spray dikendalikan oleh pengacara Dayah Bakar dan Pengasas Dexandra, Ernayanee Nur Julaimi.

“Terdapat 15 haruman eksklusif dicipta yang mana 10 untuk wanita dan lima lelaki dalam kandungan botol 15ml dengan harga mampu milik. Bersandarkan kepada sambutan tersebut kami optimis Travel Spray akan mendapat sambutan yang baik di kalangan orang ramai.

“Justeru syarikat mengunjurkan jualan mencecah 300,000 botol sebulan dengan nilaian jualan RM40 juta sehingga hujung tahun ini.

“Melalui sokongan dan komitmen 33,000 stokis dan pengedar berdaftar di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak, nilai jualan tersebut bakal dicapai walaupun negara dalam ekonomi yang sukar kini,” ujarnya.

SEKITAR majlis pelancaran Travel Spray

Safwan menambah, pihaknya telah menjalankan kajian dan pembangunan yang teliti memperkenalkan 15 haruman terbaharu menerusi slogan slim, sleek dan sassy dalam rekaan botol lebih kecil, mudah disimpan dan dibawa ke mana-mana.

“Koleksi kali ini berasaskan aroma alam yang menyegarkan, bunga-bungaan, buah-buahan serta gabungan inspirasi unik bau kayu dan pantai.

“Ini adalah hadiah istimewa buat pelanggan lama dan baharu selepas mengharungi tempoh pandemik yang panjang dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac 2022 lalu. Dexandra turut terkesan tetapi berjaya mengharunginya dan berniaga seperti biasa.

“Syarikat berjaya mengekalkan jualan dan terus menerima tempahan produk malah menambah bilangan pekerja. Bagaimana pun ada di antara pengedar yang terpaksa menutup kedai dan kiosk yang disewa atas arahan PKP. Bagaimana pun mereka bangkit semula apabila jualan dalam talian meningkat .

“Pihak pengurusan turut melancarkan program moratorium Dexandra di mana mereka yang terjejas diberikan bantuan bekalan tanpa bayaran untuk berniaga dan bayaran dibuat selepas produk terjual.

“Hasilnya sebanyak 7,300,000 botol terjual sejak pandemik Mac 2022 sehingga kini. Kami berasa bangga dapat membantu orang ramai yang terjejas pendapatan dengan menyediakan platform kepada yang ingin menjadi pengedar sah.

“Syarikat juga berbangga dengan kesetiaan pengedar dan 25 orang daripada mereka telah mencecah jualan RM 1juta. Bersandarkan keyakinan tersebut, kami percaya Dexandra mampu mendominasi pasaran Asia pada masa akan datang,” ujarnya.

KETUA Pegawai Eksekutif Dexandra, Safwan Ismail mahu terus membantu masyarakat bangkit daripada kejatuhan semasa pandemik COVID-19.

Syarikat turut melabur sebanyak RM2 juta dengan memasang 70 unit papan iklan di sepanjang Lebuh Raya utama di seluruh negara sejak bulan lepas.

Selain minyak wangi, Dexandra turut menawarkan produk penyegar udara kenderaan, losyen, body mist dan sanitasi tangan sejak beberapa tahun lalu secara berperingkat .

Haruman ini juga telah menembusi pasaran Singapura, Indonesia, Thailand, Kemboja, China dan Hong Kong dengan melantik pengedar tunggal di setiap negara. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas