Berita

Penjaja kecil dibenar beroperasi

TAN SRI TPr ANNUAR MUSA
- Diterbit 13 Januari 2021 4:32 AM MYT

PENJAJA kecil yang membuka gerai jualan di ibu negara diberi kebenaran untuk meneruskan aktiviti mereka ketika dalam tempoh pelaksanaan darurat.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa berkata, mereka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah COVID-19 termasuk ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Cuma saya minta patuhi SOP dan arahan PBT (pihak berkuasa tempatan), KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan pihak berkuasa. Kita bantu membantu dan bersama perangi COVID-19,” katanya menerusi ciapan di Twitternya hari ini.

PKP yang bermula hari ini di enam negeri termasuk Wilayah Persekutuan, kerajaan turut membenarkan aktiviti penjaja kecil beroperasi seperti biasa, namun ia dihadkan bermula dari pukul 6 pagi hingga 8 malam. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas