Lensa

Nostalgia Pasar Karat gamit memori

- Diterbit 22 Disember 2023 4:00 PM MYT

Oleh SHUIAB AYOB

PASAR Karat yang terletak berhampiran Jalan Petaling dan Jalan Sultan merupakan salah satu lokasi popular bukan sahaja dalam kalangan warga tempatan bahkan pelancong asing yang ingin mendapatkan barangan antik pada harga yang murah.

Jika menelusuri lokasi tersebut, pasti anda dapat melihat peniaga yang kebanyakannya dalam lingkungan usia emas dan pertengahan sibuk melayan pelanggan seawal pukul 6 pagi.

Menelusuri pasar yang telah beroperasi kira-kira 40 tahun itu pastinya menggamit memori lampau dengan himpunan barangan seperti kaset, piring hitam dan gajet lama serta majalah yang sudah tiada lagi di pasaran.
Tidak ketinggalan juga koleksi ‘rare’ antaranya syiling lama, wang kertas, jam, kasut, cincin batu dan pelbagai barangan lain yang menjadi buruan pengumpul barangan lama.

Tinjauan Lensa Wilayahku baru-baru ini dapat merasai kemeriahan aktiviti yang tidak asing lagi iaitu tawar-menawar di antara peniaga dan pembeli di pasar lagenda tersebut.

Bukan hanya tempat berniaga semata-mata, malah di situ juga peniaga dan pembeli menjalin perpaduan dan persahabatan mesra melalui barang dagangan, tidak kira kaum Melayu, India dan juga Cina. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas