Berita

MRM tawarkan bantuan mula perniagaan

INISIATIF NadiWilayah sasar untuk wujudkan 100 usahawan dalam masa enam bulan di Kuala Lumpur dan Putrajaya. INISIATIF NadiWilayah sasar untuk wujudkan 100 usahawan
- Diterbit 4 Disember 2020 4:15 AM MYT

SEJUMLAH RM500,000 dana bantuan permulaan perniagaan diperuntukkan kepada orang ramai yang terjejas pendapatan akibat penularan COVID-19 di negara ini.

Multiracial Reverted Muslims (MRM) melalui satu kenyataan menyebut, dana bantuan hasil inisiatif NadiWilayah ditawarkan kepada pemohon seiring pelaksanaan Wilayah Bebas Berniaga oleh pihak Kementerian Wilayah mulai 15 November lalu.

Menurut kenyataan, MRM akan memulakan fasa pengambilan pertama pesertanya pada 1 Disember 2020 dengan RM500,000 dana bantuan telah diperuntukkan.

“Peserta terpilih menerima bantuan mula niaga akan turut menerima bantuan sara hidup barang keperluan  dapur bernilai RM300 sebulan selama enam bulan, di samping berpeluang menjana jualan RM15,000 hingga RM25,000 dengan anggaran pendapatan RM1,500 ke RM5,000 sebulan.

“Insiatif NadiWilayah sasar mewujudkan 100 usahawan dalam masa enam bulan dengan berniaga di zon Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu NadiWilayah akan memulakan sesi pengambilan melalui pemohonan online di laman web www.nadiwilayah.my dengan para pemohon hanya perlu mengisi maklumat peribadi sahaja dan perlu menunggu keputusan permohonan sekiranya berjaya.

Permohonan dibuka untuk semua warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas sehingga tarikh tutup pada 6
Disember 2020.

Katanya, kertas cadangan NadiWilayah telah mendapat perhatian Pejabat Menteri, seterusnya akan diteliti oleh agensi pelaksana seperti DBKL dan Perbadanan Putrajaya untuk maklum balas berhubung kelulusan tapak serta lesen.

“Pihak sekretariat ingin menjemput seberapa ramai pemohon memohon NadiWilayah sebagai penerima bantuan dana mula niaga yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Maklumat lanjut dan borang pendaftaran online boleh didapati di www.nadiwilayah.my atau boleh hubungi talian 03-4144 3300 untuk pertanyaan lanjut.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas