Berita

DBKL tidak selenggara rumah, dakwa penduduk

|JOHAN||MOKHTAR|
- Diterbit 4 Disember 2020 3:38 AM MYT

PERUMAHAN Awam (PA) yang bakal dibangunkan melalui inisiatif pembangunan semula menyebabkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak menjalankan penyelenggaraan dan pembaikian kerosakan atas alasan kawasan tersebut bakal dirobohkan.

MAT AKHIR

Pengerusi Persatuan Penduduk Seri Pulau Pinang, Mat Akhir Ibrahim berkata, penduduk di semua PA yang terlibat dengan projek tersebut merasa dianaktirikan apabila pihak DBKL tidak mahu membaiki kerosakan kawasan perumhan yang terlibat.

“Banyak aduan telah dikemukakan kepada pihak DBKL bagi menyelenggara kawasan rumah, namun mereka tidak melayani permintaan penduduk atas alasan kawasan itu mahu dibangunkan.

“Ada beberapa perumahan yang lantai serta jubin dinding telah pecah dan perlu diselenggara, namun DBKL tidak mahu membaiki kerosakan itu dengan alasan yang sama,” katanya.

Ujar Mat Akhir lagi, penduduk mahukan kepastian agar mereka dapat merancang masa depan dengan lebih baik.

“Sekiranya projek tersebut mahu diteruskan, pihak pemaju dan DBKL harus memberikan jaminan kepada kami agar mudah untuk kami merancang masa depan.

“Jika projek tersebut tidak dapat dilaksanakan, mereka perlu buang semula hording dan kembalikan padang permainan kepada penduduk dan laksanakan penyelenggaraan dan membaiki kerosakan demi keselamatan dan keselesaan penduduk,” katanya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas