Selebriti

MK K-Clique sah suami Siti Hajaar

- Diterbit 16 Jun 2023 3:38 AM MYT

PENYANYI kacak MK K-Clique, 27, dengan sekali lafaz sah bergelar suami kepada gadis pilihan hati, Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, pada majlis pernikahan di Masjid Jami’il Huda, Ampang, kira-kira jam 9.35 pagi tadi.

Memetik laporan dari Gempak, pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Jami’il Huda, Ampang, Mahdi Mat Zain serta diwalikan oleh bapa kepada pengantin perempuan, Datuk Seri Dr Syeikh Nordin Sheikh Ahmad.

MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, segak berbaju putih bersih menyerahkan mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan, manakala wang hantaran dirahsiakan.
Sementara itu, kedua-dua belah pihak masing-masing berbalas enam dulang hantaran.

Majlis pernikahan yang dihadiri oleh 100 orang tetamu itu sekaligus menamatkan spekulasi dirinya bakal berkahwin dengan gadis yang digosipkan dengannya sebelum ini.

Sumber: Gempak

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas