Berita

Menteri Kesihatan dikejar ke Jabatan Kecemasan

Kredit foto: Dzulkefly Ahmad'
- Diterbit 13 Mac 2024 12:45 PM MYT

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad telah dirujuk ke Jabatan Kecemasan pada awal pagi ini kerana disyaki mengalami gejala renal colic.

Dalam hantaran di laman Facebooknya, Dzulkifli kini dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan.

“Sama-sama kita doakan agar beliau diberikan kesihatan yang baik dan kembali pulih untuk bertugas,” katanya.

Renal Colic merupakan satu bentuk sakit pinggang yang teruk secara tiba-tiba yang biasanya berasal dari sudut costovertebral dan memanjang ke anterior dan inferior ke arah pangkal paha atau testis. Ia sering disebabkan oleh halangan akut saluran kencing oleh kalkulus dan sering dikaitkan dengan loya dan muntah. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas