Berita

Media sosial medium utama bantu warga kota

ARIFF (dua kanan) ketika bertugas mengendalikan teknikal dalam sesi temu bual bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (tiga kiri).
- Diterbit 28 Ogos 2022 8:00 AM MYT

DEMI kesejahteraan rakyat, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) sentiasa memperluaskan maklumat tepat dan sahih mengenai bantuan serta pelaksanaan dasardasar baharu kerajaan.

ARIFF

Pembantu Tadbir Multimedia Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), Muhammad Ariff Noor Azman Shah, 25, melihat penyampaian maklumat yang tepat dan pantas memberi banyak manfaat kepada masyarakat terutamanya mereka yang memerlukan.

“Kalau dulu media seperti televisyen, radio dan surat khabar menjadi medium penting, namun kini semuanya boleh dilakukan hanya menggunakan telefon bimbit.

“Begitu juga dengan YWP yang tidak ketinggalan mengikuti arus teknologi agar maklumat sahih dapat disampaikan dengan pantas dan mudah dicapai oleh masyarakat khususnya warga Kuala Lumpur,” ujarnya.

Katanya bagi memudahkan penyampaian maklumat tentang apa yang ditawarkan oleh YWP, media sosial adalah medium komunikasi penting yang digunakan ketika ini.

“Selain media sosial, kita juga tidak ketinggalan menggunakan media cetak dan elektronik dalam sebaran maklumat kepada warga ibu kota,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, Ariff tidak menafikan bahawa penyediaan foto dan infografik sangat berkait rapat dengan keberkesanan penyampaian maklumat kepada masyarakat kerana ia lebih ringkas dan mudah difahami.

“Selain menyampaikan maklumat di media sosial, saya juga ditugaskan mengambil gambar yang tepat dan sesuai. Ini kerana sekeping gambar itu boleh menceritakan serta menggambarkan kehidupan dan realiti masyarakat,” ujarnya. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas