Berita

KKDW sentiasa beri sokongan bantu masyarakat tingkat kesejahteraan hidup

ZAHID.
- Diterbit 10 April 2024 5:10 PM MYT

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta agensi di bawahnya sentiasa komited dalam memberikan sokongan dan membantu masyarakat ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bagaimanapun setiap insan mesti berusaha untuk mengubah kehidupan mereka kerana kejayaan yang dicapai akan lebih bermakna dengan usaha sendiri.

“Kepada yang telah dikurniakan lebihan rezeki oleh Allah, marilah bersama-sama berkongsi rezeki kepada yang memerlukan dan teruslah menjadi pohon rendang agar lebih ramai lagi boleh tumpang berteduh dan mengecap kebahagiaan bersama.

“Selamat Hari Raya Aidilifitri, Maaf Zahir dan Batin,” katanya yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam hantaran di Facebooknya  hari ini. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas