Berita

Kemeriahan Kejohanan Akhir Futsal Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2022

KETUA Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), Datuk Zaizalnizam Zainun (tengah) bersama johan kategori bawah 18 tahun dari Kolej Vokasional Labuan.
- Diterbit 28 Ogos 2022 10:00 AM MYT

PASUKAN TOT United (KL) dinobatkan sebagai johan futsal Piala Menteri Wilayah Persekutuan kategori lelaki selepas menewaskan pasukan Sun Wukong FC dengan mata jaringan 5-3 di Gelanggang Futsal Perbadanan Labuan, Tanjung Purun.

Manakala johan bagi kategori wanita dirangkul oleh pasukan Kazza YT (KL/Putrajaya) selepas menewaskan pasukan AMK Infinity (LABUAN) dengan memperolehi mata jaringan.

Kedua-dua johan pada pertandingan itu menerima wang tunai RM1,500, Piala Menteri Wilayah Persekutuan dan pingat.

Sementara itu, pasukan Sun Wukong FC dan AMK Infinity dinobatkan sebagai naib johan kejohanan itu dengan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 berserta piala dan pingat.

Dalam pada itu, bagi kategori bawah 18 tahun, johan dimenangi oleh Kolej Vokasional Labuan yang membawa pulang wang tunai bernilai RM500, piala dan medal. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas