Berita

Maxis setuju meterai perjanjian akses 5G DNB – Fahmi Fadzil

- Diterbit 14 Ogos 2023 2:33 PM MYT

MAXIS bersetuju memeterai Perjanjian Akses 5G dengan Digital Nasional Berhad DNB) hari ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata persetujuan itu berikutan beberapa siri perbincangan sejak keputusan jemaah Menteri pada 3 Mei lepas untuk menukar model pelaksanaan 5G ketika ini kepada dwirangkaian sebaik sahaja pelaksanaan semasa di bawah DNB mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

“Ini bermakna semua telco utama di Malaysia akan sediakan 5G,” katanya menerusi hantaran di laman rasmi Facebook malam ini.

Fahmi sebelum ini berkata selain Maxis, CelcomDigi, Telekom Malaysia, U-Mobile dan YTL Communications akan memuktamadkan proses pemegangan saham dalam DNB, seterusnya menyokong pembangunan rangkaian 5G oleh DNB sehingga mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk menjelang penghujung tahun ini.

Ia susulan kejayaan Pasukan Petugas Pelaksanaan Dwirangkaian 5G Malaysia mencapai persetujuan, berkaitan penyertaan ekuiti dalam DNB dan Perjanjian Akses 5G bersama DNB. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas