Utama

Mangsa banjir Tiong Nam terima insentif RM1,300

SUMBANGAN menerusi YWP itu diserahkan DBKL kepada mangsa terlibat pada 5 Januari lalu.
- Diterbit 7 Januari 2022 4:30 AM MYT

KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan (KWP) baru-baru ini menyerahkan sumbangan sebanyak RM1,300 kepada mangsa banjir di Jalan Tiong Nam, Kuala Lumpur bagi membantu meringankan beban yang dialami.

Sumbangan menerusi Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) itu diserahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada mangsa terlibat pada 5 Januari lalu. DBKL dalam kenyataan memaklumkan, sumbangan bantuan wang ihsan itu merupakan inisiatif kementerian dan tanda keprihatinan kerajaan.

“Program ini diketuai Pengurus Kawasan Parlimen Bukit Bintang, Ahmad Ibnu Sina Termizi dan disertai wakil dari Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan (MPPWP) Zon Parlimen Bukit Bintang. Turut serta pegawai dan kakitangan dari Yayasan Wilayah Persekutuan dan jabatan dalaman DBKL.

“Bantuan wang ihsan ini telah mula disalurkan kepada mangsamangsa banjir dan tanah runtuh seperti di Jalan Kolam Air, Jalan Kassipillay dan lain-lain lagi,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.

Katanya, ia akan diteruskan lagi kepada semua mangsa-mangsa yang terlibat di kawasan-kawasan lain.

Tambahnya, semoga dengan bantuan yang diberikan dapat meringankan serba sedikit beban yang ditanggung oleh mangsamangsa kejadian bencana alam ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas