Berita

Lapor akaun media sosial salah guna nama Agong, Raja Permaisuri

KREDIT foto: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
- Diterbit 3 April 2024 6:50 PM MYT

ORANG ramai digesa untuk melaporkan kepada mana-mana platform media sosial yang berkenaan, sebarang akaun yang menyalahgunakan nama Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah atau Keluarga DiRaja Johor.

Menurut hantaran dikongsikan Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, penyamaran dan salah guna identiti merupakan kesalahan di sisi undang-undang dan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan lunas yang ditetapkan.

Dalam hantaran itu, turut disertakan satu tangkap layar akaun Facebook atas nama ‘Ibrahim Ibni Allmarhumm’ yang disahkan sebagai akaun palsu dan menyamar menggunakan identiti  Yang di-Pertuan Agong. – BERNAMA 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas