Berita

Labuan alami gangguan bekalan air

PAIP utama di Jalan Utama Rancha-Rancha mengalami kebocoran. Kredit foto: JBAL
- Diterbit 10 Mac 2022 2:03 AM MYT

SELURUH kawasan di Pulau Bebas Cukai ini terjejas susulan gangguan bekalan air sementara, hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Bekalan Air (JBA) Labuan, penutupan itu dibuat susulan kerja-kerja penyelenggaraan di paip utama berdiameter 800 milimeter yang mengalami kebocoran di Jalan Rancha-Rancha.

“Penutupan itu akan dibuat selama 12 jam bermula jam 10 pagi (hari ini) sehingga kerja-kerja penyelenggaraan selesai.

“Ini bertujuan untuk kerja- kerja pembaikan kebocoran paip utama di Jalan Rancha-Rancha, ” kata kenyataan itu, semalam.

Sehubungan itu, orang ramai disarankan agar membuat penyimpanan bekalan air secukupnya dan mengambil langkah berjimat dalam penggunaan air sepanjang tempoh gangguan itu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas