Fokus

Kongsi rezeki bersama

Capture the essence of family unity during a Ramadan gathering. featuring communal prayer and traditional meals.
- Diterbit 15 Mac 2024 10:05 AM MYT

ISU pembaziran makanan sering kali timbul pada bulan Ramadan kerana ramai di antara peniaga tidak arif untuk menganggarkan jualan selain bertindak menyediakan bahan jualan dua kali ganda daripada kebiasaan.

Mengakui perkara tersebut, salah seorang peniaga Bazar Ramadan Taman Sutera Kajang, Muhammad Zakri Osman, 39, berkata kebanyakan peniaga melihat jumlah pelanggan yang datang adalah lebih ramai berbanding berniaga di pasar malam.

“Bagi hari pertama dan kedua kita sebagai peniaga boleh tengok dahulu berapa ramai pelanggan yang memenuhi bazar. Mungkin boleh mula dengan pek sedikit dan ditambah pada hari seterusnya mengikut hasil jualan.

“Selain itu, peniaga seharusnya mempunyai pelbagai inisiatif dalam memastikan bahan jualan yang tidak terjual dibuang begitu sahaja contohnya adakan lelongan ketika menghampiri waktu berbuka.

“Kaedah begitu membantu menghabiskan jualan harian. Sebagai contoh harga biasa adalah RM6 sebungkus tapi saya akan lelong dengan harga RM10 untuk dua bungkus‚” katanya yang menjual jus mangga dan tembikai.

Selain itu, suri rumah, Tijah Ismail, 54, berkata jika gagal membuat anggaran kuantiti makanan yang dimasak mengakibatkan juadah tersebut berakhir di tong sampah.

“Kita sebagai mak, memang teruja nak sediakan juadah berbuka namun perlu merancang terlebih dahulu dari segi kuantiti dan jenis menu. Biarlah bersederhana.

“Seterusnya lebihan makanan hendaklah disimpan dengan cara yang betul. Untuk lauk-pauk, perlu dimasukkan di dalam peti ais dan gunakan bekas bertutup bagi memastikan kualiti makanan terjamin‚” ujarnya pengasingan makanan juga penting kerana dapat membantu mengekalkan kesegaran makanan serta mengelakkan daripada cepat basi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas