Berita

Kempen Beli Menang Semarak RaYakult

- Diterbit 8 April 2024 3:11 PM MYT

YAKULT Malaysia menawarkan peluang memenangi hadiah cabutan bertuah mingguan Touch n Go eWallet bernilai RM100 kepada para pelanggan sempena Kempen Beli dan Menang Semarak RaYakult.

Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroki Yanase berkata orang ramai hanya perlu mengimbas kod QR pada sampul raya keluaran Yakult Malaysia untuk menyertai kempen tersebut yang telah pun bermula dari 4 Mac hingga 7 April ini.

“Sempena kempen ini, 100 pemenang bertuah akan dipilih secara rawak untuk menerima Touch n Go eWallet setiap minggu manakala lima pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah utama berupa botol emas 916 Mini Yakult (5g) edisi terhad yang semestinya menjadi rebutan pelanggan.

“Selain itu, sempena kempen ini juga, para pelanggan yang membuat pembelian minimum 20 botol dalam satu resit boleh menebus satu set sampul raya eksklusif daripada promoter Yakult, Wanita Yakult atau melalui laman sesawang rasmi Yakult Malaysia.

“Butiran kempen ini boleh didapati di laman sesawang rasmi Yakult Malaysia di www.yakult.com.my,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga turut menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia di atas segala sokongan dan keyakinan yang diberikan di samping berharap produk ini mampu dijadikan sebagai salah satu jenama probiotik yang bagus dan dipercayai di pasaran.

Untuk rekod, minuman probiotik Yakult membantu meningkatkan fungsi usus di mana 80 peratus daripada sistem imun manusia berada di dalam usus dan setiap botol tersebut mengandungi 30 bilion bakteria hidup strain shirota.

Minuman probiotik Yakult ini juga dinikmati oleh 40 juta orang setiap hari di 40 buah negara seluruh dunia yang terbukti secara saintifik dapat membantu melancarkan fungsi usus selain ia juga turut diperakui di dalam Akta dan Peraturan Makanan Malaysia dan minuman Yakult disahkan halal oleh JAKIM. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas