Selebriti

“Kalau dah gatal, shooting kat mana pun tetap gatal” – Penerbit Fadzil Teh

|
- Diterbit 5 Februari 2023 8:51 AM MYT

PENERBIT popular Fadzil Teh dari Zeel Production menyelar sikap pelakon wanita yang menggatal di lokasi penggambaran. Apatah lagi yang diganggu itu adalah pelakon Lelaki berstatus suami orang.

Fadzil Teh atau lebih dikenali sebagai Haji Zeel berkata, perempuan gatal tidak mudah berubah dan akan melakukan hal yang sama dalam setiap lokasi penggambaran yang melibatkan dirinya.

“Kalau dah gatal, kau shooting kat mana pun kau tetap akan gatallah. Masuk industri ni nak apa sebenarnya?

“Kalau kau rasa nak ganggu suami orang, baik kau pi (pergi) ganggu yang lagi hebat kat luar sana kan.

“Sakit hati buat apa, bukan dapat income besar pun. Saya tahulah. Sebagai penerbit saya tahu berapa bayaran mereka. Kalau tak kaya, buat apa kau nak sondol?,” jelasnya dalam sebuah video yang tular menerusi akaun TikTok Budiey.

FADZIL Teh akui terkilan dengan sikap pelakon wanita yang suka menggatal dengan suami orang di lokasi penggambaran.

Haji Zeel berkata sedemikian selepas memenangi kategori Anugerah Telenovela Terbaik menerusi drama Ayahanda dalam Anugerah Telenovela.

Terdahulu, kecoh apabila penyanyi dan pelakon Bella Astillah menerima mesej daripada pelakon wanita yang tersuka kepada suaminya, Aliff Aziz.

Pelakon wanita yang digandingkan dengan Aliff untuk sebuah drama iaitu Sophia Al-Barakbah mendapat kecaman teruk apabila didakwa Cuba menggoda Aliff Aziz. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas