Berita

Istana Negara tidak terlibat dalam percaturan politik, Agong titah PM terus urus negara

- Diterbit 9 Januari 2024 7:00 PM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah bahawa pihak istana tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik.

Perdana Menteri berkata, titah tersebut disampaikan kepada beliau ketika menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Negara.

“Hari ini seperti kelazimannya saya menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyembah maklum urusan kertas-kertas kabinet esok dan turut mengulas beberapa perkembangan semasa.

“Seri Paduka Baginda juga bertitah supaya saya selaku Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI untuk meneruskan kerja mengurus negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Anwar turut menambah, seandainya ada cadangan mana-mana pihak untuk menyampaikan derma sebanyak RM500 juta atau RM750 juta, ia hendaklah disalurkan terus kepada asnaf dan golongan miskin dalam negara. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas