Berita

IEA kurangkan unjuran pertumbuhan pengeluaran minyak global kepada 4.6 juta tong sehari

- Diterbit 13 Oktober 2022 1:30 PM MYT

AGENSI Tenaga Antarabangsa (IEA) menurunkan unjurannya untuk pertumbuhan pengeluaran minyak global dan menjangkakan ia meningkat sebanyak 4.6 juta tong sehari kepada 99.9 juta tong sehari pada 2022, menurut laporan terbaharu yang dikeluarkan pada Khamis.

“Pengeluaran global kini dijangka meningkat sebanyak 4.6 juta tong sehari kepada 99.9 juta tong sehari pada 2022. OPEC+ diunjurkan menyumbang 3 juta tong sehari, dengan Arab Saudi ditetapkan untuk mencatatkan peningkatan terbesar tahun ke tahun.

“Bekalan bukan OPEC+ dijangka meningkat sebanyak 1.5 juta tong sehari pada 2022, dengan AS menyediakan 70 peratus daripada peningkatan pada 1.1 juta tong sehari. Kanada, China dan Guyana juga memberikan pertambahan yang kukuh, walaupun jumlah ini lebih sederhana,” kata laporan itu.

Sputnik melaporkan bahawa menurut laporan itu pada 2023, pertumbuhan itu akan menurun kepada hanya 760,000 tong sehari, tetapi pengeluaran masih akan mencapai rekod 100.6 juta tong sehari, terutamanya disebabkan oleh negara bukan OPEC+. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas