Berita

Hujan lebat berterusan tahap buruk di Pahang, Johor sehingga Ahad

- Diterbit 12 Januari 2024 1:53 PM MYT

JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di sekitar kawasan negeri Pahang dan Johor sehingga Ahad ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata, antara kawasan yang terjejas ialah di Pahang ialah di Rompin manakala di Johor pula di Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

Sementara itu, MetMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku sehingga Jumaat Ahad ini di Pahang melibatkan kawasan Pekan manakala di negeri Johor pula di sekitar Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

“Amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan di negeri Sarawak membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Sarikei) dan Mukah sehingga hari ini,” katanya hari ini. – WILAYAHKU.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas