Biz

Hargai pelanggan… Talia belanja dua motosikal sempena Kempen Ramadan Raya

- Diterbit 23 Mac 2024 5:00 PM MYT

SEMPENA kempen jualan Ramadan dan Syawal, jenama produk kecantikan dan penjagaan peribadi, Talia menawarkan dua buah motorsikal untuk para pelanggan.

Pengasas Talia, Datin Thalia Baiduri berkata motorsikal berkenaan sebagai penghargaan buat pelanggan yang terus menyokong dan setia dengan jenama itu.

“Kali ini antara fokus jualan kita ialah Dolly Milk iaitu susu penggalak untuk putih dengan rasa sedap dan memberikan kesan efektif.

“Saya berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri, dulu saya hitam lepas amalkan setahun susu ini Alhamdulillah memang nampak perubahan,” katanya pada sidang media majlis Talia Glitz Raya – Budaya Bertemu Busana bersama rakan media di Cyberjaya, baru-baru ini.

THALIA dan suami menawarkan menawarkan Dua buah motosikal kepada para pelanggan yang bertuah.

Talia, 37, lebih mesra dengan panggilan Bunda Lia berkata, Dolly Milk juga diperkaya dengan bahan premium termasuk Korean Pearl Powder dan didatangkan dalam dua perisa iaitu strawberry serta honey dew.

Harga bagi setiap botol Dolly Milk ialah RM55 bagi Semenanjung Malaysia manakala RM60 untuk Sabah dan Sarawak.

Mengulas mengenai cara untuk memenangi dua motorsikal itu, Talia berkata setiap pembeli perlu membuat dua pembelian produk Talia dan kongsikan dalam hantaran di media sosial serta tag lima rakan.

MENURUT Thalia, untuk memenangi hadiah motosikal, setiap pembeli perlu membuat dua pembelian produk Talia dan kongsikan dalam hantaran di media sosial serta tag lima rakan.

Sempena Syawal kali ini juga, lima edisi rekaan eksklusif baju raya dikeluarkan untuk digayakan pada pagi lebaran nanti.

“Kita tampilkan lima jenis rekaan lima warna berbeza mengikut koleksi. Rekaan yang ditampilkan juga kontemporari moden dengan potongan baju kurung juga kaftan.

“Lebih menarik size sehingga 2XL dan harga di bawah RM250 sahaja,” katanya.

THALIA dan suami ditemui pada sidang media majlis Talia Glitz Raya – Budaya Bertemu Busana bersama rakan media, baru-baru ini.

Lima rekaan busana Syawal kali ini ialah Thalia, Arisya, Dahlia, Iman dan Baiduri.

Tambahnya, satu lagi produk Talia ialah Glam V iaitu membantu mengurangkan berat badan dengan perisa terbaharu latte.

LIMA rekaan busana Syawal kali ini ialah Thalia, Arisya, Dahlia, Iman dan Baiduri.

Dalam usaha menggalakan lebih ramai usahawan dalam kalangan wanita Thalia juga mengalu-alukan mereka yang berminat menceburkan diri dalam perniagaan untuk bersama dengan jenama itu.

“Sertai keluarga kami dan kami akan bimbing untuk kita sama-sama berjaya,” katanya yang mula aktif berniaga sejak 2018.

Kongsinya, jenama Talia juga sedang mengintai peluang untuk ke pasaran Indonesia dalam tahu ini menerusi produk Dolly Milk.

Beliau berkata, segalanya dalam perancangan dan akan diumumkan sebelum penghujung tahun ini.

Meskipun sibuk, Thalia mengakui beliau tidak pernah mengabaikan keluarga dan menguruskan rumah tangga setiap hari termasuk memasak.

Suri hati kepada Datuk Shahriza Amir itu berkata, walau apapun status seorang wanita, tugas sebagai isteri dan ibu perlu menjadi keutamaan.

“Ya saya memang ada pembantu rumah, tapi itu bukan alasan saya lepas tangan dan saya tetap masuk dapur dan masak untuk suami dan anak-anak.

“Bagi saya itu penting untuk menawan hati serta amanah kita menjaga keluarga serta pastikan mereka dapat air tangan yang bersih dan sedap.

“Tak kisah masakan biasa sekali pun, biarlah dari tangan kita dan curi juga masa untuk tujuan itu,” kata ibu kepada empat cahaya mata itu.

Sementara itu, beliau juga mengakui Ramadan kali ini sangat bermakna kerana dapat bertemu dengan bapa yang terpisah sejak 30 tahun lalu.

Bagi dirinya, bila diberikan rezeki bertemu semula, ini menjadi peluang terbaik untuknya membalas jasa bapanya.

“Macam saya katakan sebelum ini, saya tak mahu fikir yang dulu-dulu, sekarang Allah bagi peluang saya sebagai anak akan cuba yang terbaik,” katanya. – WILAYAHKU

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas