Berita

Harga sayur-sayuran di Labuan terkawal

JUNAIDAH (hujung kanan) berbual mesra bersama peniaga di Pasar UTC ketika Ops Pemantauan Sayur, baru-baru ini.
- Diterbit 11 Disember 2021 7:00 AM MYT

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Labuan mengesahkan harga barangan termasuk sayur-sayuran di pulau itu adalah terkawal.

Pengarahnya, Junaidah Arbain berkata, bermula 26 November lalu, 15 pegawai pengua tkuasa dan lima orang pegawai pemantau harga turun memeriksa pasar dan pasar raya di Labuan setiap hari sehingga kini.

“KPDNHEP Labuan telah mengeluarkan sembilan notis bagi memeriksa dan melihat sama ada berlaku trend kenaikan atau sebaliknya.

“Setakat ini, pihaknya mendapati tiada sebarang kenaikan harga yang ketara dilakukan peniaga di pulau ini susulan bekalan sayur dan bahan basah masih mudah didapati dari tanah besar Sabah,” katanya kepada pemberita selepas melaksanakan pemantauan Ops Sayur di Pasar Sentral UTC di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai harga Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen, beliau memuji atas inisiatif premis perniagaan khususnya pasar raya yang turut sama menyahut seruan kerajaan dengan menjual di bawah paras siling ditetapkan iaitu RM 6.90 seunit.

Katanya, harga di bawah paras siling yang ditetapkan itu merupakan berita baik kepada warga Labuan.

“Ini adalah baik kepada masyarakat untuk memiliki kit ujian berkenaan untuk melakukan ujian kendiri,” katanya lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas