Berita

Gempa bumi sederhana gegar Irian Jaya, Indonesia

- Diterbit 13 Januari 2021 12:12 AM MYT

GEMPA bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Irian Jaya, Indonesia pada 2.17 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu dikesan pada kedudukan 394 kilometer (km) barat dari Jayapura, Indonesia dengan kedalaman 19 km.

Gempa bumi itu bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas