Selebriti

Fyna Jebat kini isteri Zainal Abidin

- Diterbit 9 Januari 2023 12:25 PM MYT

AKHIRNYA penyanyi yang juga peserta program realiti TV3, Famili Duo, Fyna Jebat mengaku sudah bergelar isteri kepada jurulatih dan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zainal Abidin,61.

Berterima kasih kepada peminat yang menitipkan ucapan tahniah, Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat, 29, meminta orang ramai mendoakan kebahagiaannya.

“Alhamdulillah saya sudah bernikah. Terima kasih banyak-banyak kepada anda yang memberi komen baik. Harap doakan kami sekeluarga,” katanya yang berkongsi berita gembira itu selepas selesai melakukan persembahan di program Famili Duo yang berlangsung di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor pada malam Ahad.

“Maaf, buat masa sekarang itu sahaja yang boleh saya jawab. Dia menyokong saya, sebab itu duo kami menang minggu ini,” ujarnya.

Terdahulu, Fyna menyertai program realiti nyanyian terbitan TV3 itu bersama kakaknya, Ayda Jebat. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas