
Taja baju pengantin 20 pasangan asnaf & mualaf sempena Akad 40… Bulan Bintang belanja pula bakal pengantin honeymoon di Bali!
JENAMA baju Melayu ternama, Bulan Bintang berbangga dapat menaja busana pengantin 20 pasangan asnaf dan yang kurang berkemampuan dalam program Tanyalah Ustaz: Akad 40 yang bersiaran pada di TV3, Sabtu lalu. 40 pengantin ini terdiri daripada golongan asnaf, kurang berkemampuan dan mualaf yang masih menjinakkan diri untuk mempelajari tentang agama