Berita

Labuan capai 100 peratus imuniti kelompok

WILAYAH Persekutuan Labuan kini telah mencapai 100 peratus bagi golongan individu dewasa 18 tahun ke atas lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan, Rithuan Mohd Ismail berkata, pencapaian imuniti kelompok sepenuhnya itu membabitkan pemberian dos kedua suntikan vaksin COVID-19 kepada 68,536 individu dewasa. “Alhamdulillah,

Berita

KKM usaha buka semula gimnasium secepat mungkin, rangka garis panduan pengalihan udara

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) sedang bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara untuk membangunkan beberapa garis panduan berhubung pengalihan udara melibatkan pembukaan gimnasium, kata menterinya Khairy Jamaluddin. “Ini tidak akan mengambil masa yang lama, tapi disebabkan sifat biasa bagi pusat kecergasan dalam dewan, kita perlu tekankan beberapa keperluan soal pengalihan udara tertentu. Kami sedang

Berita

Sarawak beralih ke peringkat endemik – KM

KEADAAN pandemik di Sarawak kini telah beralih menjadi endemik apabila hampir semua kes COVID-19 yang dilaporkan melibatkan yang tidak bergejala atau bergejala ringan sahaja. Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata program vaksinasi COVID-19 yang dijalankan di Sarawak sejak Februari lepas berjaya meningkatkan sistem ketahanan badan dan mengurangkan kesan serius

Berita

COVID: 19,733 kes baharu, Sarawak kekal tertinggi

SEBANYAK 19,733 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lepas dengan Sarawak kekal merekodkan kes harian tertinggi untuk tiga hari berturut-turut iaitu 3,100 kes hari ini. Semalam, Sarawak mencatatkan 3,200 kes baharu, manakala pada Isnin 3,714 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di

Berita

Remaja teruja terima ‘hadiah’ vaksin COVID-19 pada hari jadi

IBARAT hadiah hari jadi bagi seorang remaja lelaki apabila secara kebetulan menerima tarikh janji temu suntikan vaksin COVID-19 pada hari kelahirannya yang ke-18, hari ini. Ahmad Airoul Firhan Mohd Rosdi berkata dia mendaftar untuk menerima suntikan itu melalui aplikasi MySejahtera pada 11 Ogos lepas dan terkejut apabila dimaklumkan janji temu vaksinasi itu ‘jatuh’

Berita

Hampir 69 peratus populasi dewasa Malaysia lengkap vaksinasi setakat semalam – JKJAV

 SEBANYAK 68.8 peratus atau 16,107,712 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV). JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini, memaklumkan sebanyak 313,751 dos vaksin COVID-19 melibatkan 132,640 dos pertama dan 181,111